14 November 2018 - 17:21
Tak Puas Hati, Menteri Pertahanan Israel Letak Jawatan

Menteri Pertahanan Israel meletak jawatan selepas Knesset membuat keputusan untuk menerima gencatan senjata bagi menghentikan pertempuran sengit yang berlarutan sejak akhir minggu lalu di Genting Gaza.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Pertahanan Israel meletak jawatan selepas Knesset membuat keputusan untuk menerima gencatan senjata bagi menghentikan pertempuran sengit yang berlarutan sejak akhir minggu lalu di Genting Gaza.

Pemimpin Parti Yisrael Beiteinu, Avigdor Lieberman mengecam tindakan itu yang disifatkan sebagai 'menyerah kepada keganasan'.

Beliau turut mengkritik usaha untuk melaksanakan gencatan senjata untuk tempoh jangka masa panjang dengan Hamas.

Semalam, Hamas mengumumkan mereka menerima gencatan senjata yang diusahakan Mesir dan akan mematuhinya jika Israel mengambil langkah sama.

Tidak lama selepas itu, Kabinet Keselamatan Israel juga menyatakan ia mengarahkan operasi itu diteruskan jika perlu. - BBC